welcome to my blog


snowsnowsnow

snowsnowsnow

Cursor

NEWPOSTING, HApPy ReadinG u Guy's......

Monday, August 1

RAMADHAN AL MUBARAK




 – Ingin saya berkongsi dengan kamu semua, kealpaan kita dalam menjalani puasa di bulan RAMADHAN ini. Ini juga boleh dijadikan peringatan kepada diri saya sendiri sebagai seorang yang juga sering terlupa dan tidak tahu mengenainya, belajar dari kesilapan adalah yang terbaik untuk kita dari terus membuat kesilapan. Artikel ini saya ambil dari sudut AnNur, Kalam Imam Muda Hassan 31Julai2011 (METRO AHAD)
Kebanyakkan orang sering terlupa bahawa matlamat bulan ramadhan adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa kepada ALLAH SWT selain boleh dianggap sebagai akademi latihan terbaik bagi membentuk diri secara zahir mahupun batin. Di bulan yang mulia ini, perkara yang paling nyata yang kelihatan adalah fizikal kita diuji dengan rasa lapar dan dahaga.
**Secara saintifik memang tak dinafikan berpuasa sebenarnya terapi semulajadi terbaik untuk kesihatan manusia.
**Di segi batiniah pula, ORANG YANG BERPUASA DIKEHENDAKI SENTIASA MENJAGA ATAU MENUTUP KEDUA BELAH MATA, TELINGA, HIDUNG DAN MULUT SEPANJANG HARI KERANA INILAH PINTU UTAMA LALUAN TIPU DAYA IBLIS SERTA SYAITAN YANG MERESAP BAGI MERACUN JIWA, SETERUSNYA MEMPENGARUHI FIKIRAN DAN TINDAKAN MANUSIA.
‘’ HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN ATAS KAMU BERPUASA SEBAGAIMANA ORANG-ORANG SEBELUM KAMU BERTAQWA.’’ alBaqarah ayat183.
Perkataan TAQWA atau ‘tattaquun’ dalam ayat di atas dinyatakan di segi bahasa dalam bentuk ‘FI IL MUDHARI’ yang dirujuk kepada keadaan masa ini dan akan datang. Kewujudan Ramadhan juga sebenarnya bukti Allah SWT Maha Pemurah. Ini kerana sebagai motivasi kepada hambanya, Allah menganugerahkan malam LAILATUL QADAR iaitu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Pada malam itu, turun Malaikat dengan izin tuhan, kerana membawa segala perkara (YANG DITAKDIRKAN BERLAKUNYA PADA TAHUN YANG BERIKUT) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar ! AlQadr, ayat 1-5
Dan yang lebih menarik perhatian saya semasa membaca artikel ini, sebagaimana yang diketahui, amalan pada malam itu DIJANJIKAN OLEH ALLAH DENGAN GANJARAN PAHALA SEPERTI BERAMAL SELAMA 1,000 BULAN ATAU BERSAMAAN DENGAN 83TAHUN.
Alangkah beruntungnya mereka-mereka yang dapat mengejar dan menghidupkan setiap malam Ramadhan dengan amalan memohon rahmat dan pengampunan ALLAH SWT.
Cuba renungkan sejenak, angka umur kita sekarang?
Jika dipanjangkan ALLAH umur kita selama 83 tahun pun, adakah sepanjang umur itu kita boleh penuhkan dengan amal dan ibadah? – to be cont’ =)


1 comment: